Thursday, August 2, 2007

Saka Tok Mun


Saka Tok Mun
Cinta itu misteri. Hadir tanpa dipinta dan pergi tanpa direlai. Girang seorang gadis bila menemui cinta bertukar duka bila kasihnya disambar seseorang yang amat dipercayai.Hazrina dan Hartini adalah adik-beradik. Hubungan mereka sangat rapat dari kecil hinggalah meningkat dewasa. Namun kemesraan mereka tercalar apabila Zahidi, lelaki yang berjaya mencuri hati Hazrina telah beralih arah memilih Hartini, kakak kandungnya.Hartini sebenarnya seorang gadis yang sopan tiba-tiba berubah laku setelah ditawarkan bekerja di sebuah firma di ibu kota. Sejak merampas Zahidi dari tangan Hazrina, dia seolah-olah dihantui oleh sesuatu dari masa lampau yang sering menemaninya.Kekecewaan yang dialami Hazrina sering bertukar menjadi realiti dan api kemarahannya boleh mengundang bala. Begitu juga dengan Zahidi yang mempermainkan cinta Hazrina. Hubungan cinta Zahidi dan Hartini sering diganggu-gugat dengan perkara-perkara pelik. Bayangan seseorang sering mengganggu mereka ke mana sahaja mereka pergi. Hinggakan Zahidi takut menghadapi situasi yang seakan realiti itu. Syafiq teman sebilik Zahidi cuma mengubati hati Hazrina yang dikecewakan itu namun tidak semudah itu untuk Hazrina menerimanya. Hazrina juga menghadapi situasi yang sama sering diganggu oleh bayangan itu. Hanya Nenek Zainab mengetahui kisah itu namun dia tidak berani menceritakan kepada cucu-cucunya. Takut dia ditinggalkan seorang diri. Dapatkah Zahidi menerima Hartini? Bagaimana pula hubungan Syafiq dengan Hazrina? Dan apa pula tindakan Nenek Zainab bila melihat keretakan hubungan cucu-cucunya? Adakah dia ditakdirkan bersama?

No comments: