Sunday, February 13, 2011

Novel Zyra Safiya dari yang pertama hingga yang terkini!

Saka Tok Mun
2007








Dendam Pewaris
2008



Rasuk

2009

The Doll
2009

Novel oleh Zyra Safiya

Buku-buku di bawah boleh terus dihantar ke rumah anda bersama kos penghantaran yang berpatutan, yang tertakluk pada lokasi.
1. Saka Tok Mun
2. Dendam Pewaris
3. Rasuk
4. The Doll

Tuesday, August 7, 2007

Novel Terbaru... akan datang!

Novel kedua akan diterbitkan oleh Buku Prima jua dalam bulan September. Juga cerita seram yang berkisahkan obsesi pada cinta pertama hingga membawa kepada penggunaan santau untuk mendapatkan kasih yang diidamkan, walaupun sang kekasih sudah menjadi suami orang...
Novel Saka Tok Mun boleh didapati di MPH, Kinokuniya, Fajar dan kedai-kedai buku lain. Memang sesuai untuk yang sukakan cerita seram tetapi ada jua diselit cinta dan humor. Bacalah dan enjoy!

Thursday, August 2, 2007

Saka Tok Mun


Saka Tok Mun
Cinta itu misteri. Hadir tanpa dipinta dan pergi tanpa direlai. Girang seorang gadis bila menemui cinta bertukar duka bila kasihnya disambar seseorang yang amat dipercayai.Hazrina dan Hartini adalah adik-beradik. Hubungan mereka sangat rapat dari kecil hinggalah meningkat dewasa. Namun kemesraan mereka tercalar apabila Zahidi, lelaki yang berjaya mencuri hati Hazrina telah beralih arah memilih Hartini, kakak kandungnya.Hartini sebenarnya seorang gadis yang sopan tiba-tiba berubah laku setelah ditawarkan bekerja di sebuah firma di ibu kota. Sejak merampas Zahidi dari tangan Hazrina, dia seolah-olah dihantui oleh sesuatu dari masa lampau yang sering menemaninya.Kekecewaan yang dialami Hazrina sering bertukar menjadi realiti dan api kemarahannya boleh mengundang bala. Begitu juga dengan Zahidi yang mempermainkan cinta Hazrina. Hubungan cinta Zahidi dan Hartini sering diganggu-gugat dengan perkara-perkara pelik. Bayangan seseorang sering mengganggu mereka ke mana sahaja mereka pergi. Hinggakan Zahidi takut menghadapi situasi yang seakan realiti itu. Syafiq teman sebilik Zahidi cuma mengubati hati Hazrina yang dikecewakan itu namun tidak semudah itu untuk Hazrina menerimanya. Hazrina juga menghadapi situasi yang sama sering diganggu oleh bayangan itu. Hanya Nenek Zainab mengetahui kisah itu namun dia tidak berani menceritakan kepada cucu-cucunya. Takut dia ditinggalkan seorang diri. Dapatkah Zahidi menerima Hartini? Bagaimana pula hubungan Syafiq dengan Hazrina? Dan apa pula tindakan Nenek Zainab bila melihat keretakan hubungan cucu-cucunya? Adakah dia ditakdirkan bersama?